JILID 1

Tuesday, April 1, 2014
Penat

Ada sebuah cerita
Seorang anak dari hujung negara
Dahulunya derhaka kepada ibu bapa
Sekarang sudah libatkan tuhan juga.

Ada sebuah cerita
Seorang anak dari utara
Makin hari makin terkesima
Dengan harga syurga dan neraka.

Adakah bertuhan itu perlu?
Ataupun perlukah bertuhan?
Katakanlah kita tak perlukannya
Apa pula pengakhirannya?

Dibahagi-bahagi dogma bertuhan
Oleh pengamal agama tuhan satu
Sudahlah penat nak bertuhan
Hadap pula perangai pembeza?

Penat bertuhan.
Penat berdogma.
Penat menyusun.
Penat mengatur.
Penat segalanya. 
PENAT!



JILID 1

Wednesday, March 12, 2014
Ulangan

Jiwa parah hari ini.
Semangat semalam sudah pecah.
Dan ia harus dibina kembali.
Ya, selalu sahaja pecah tapi ia bukan bersifat total.

Tapi kesannya agak mendalam.
Hubungan dengan sang pencipta juga turut terjejas.
Ditambah pula dengan ingatan terhadap sang waris
Entah apalah yang sedang mereka bicarakan ketika ini

Hati ingin menyapa, tapi rasa takut,gementar,serba salah
Terus menyekat jiwa dari meneruskan hajat.
Aku tidak mampu memberikan kepastian yang aku akan pulang dengan bergaya kelak.
Tapi yang pasti, aku tetap akan pulang, tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.

JILID 1

Tuesday, March 11, 2014
Sikit

Celaru juga dibuatnya.
Tapi bukankah ini salah satu proses untuk menambah kemahiran?

Ya, awalannya mungkin sikit.
Tapi rasanya itulah jalan yang harus dilalui setiap jasad yang inginkan perubahan.
Lama-kelamaan, yang sikit tadi pasti jadi banyak sekiranya bertalu-talu diulang.
Cuma, soalan paling utama yang harus ditanyakan kepada diri.
"Mampu untuk teruskan agenda ini lagi? Ini baru sikit, jauh lagi apa yang hendak dicari itu".

Hadap saja. Jangan berhenti!

JILID 1

Mula

Apa yang nak dimulakan?
Macam-macam yang bermain di benak pemikiran.
Mungkin sedikit lambat atau mungkin sangat lambat sebenarnya.
Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi?