Untuk JILID 2, penulis akan lebih banyak bercakap mengenai salah satu cabang seni yang paling diminati (secara langsung mahupun tidak) di atas muka bumi ini, iaitu muzik.
Definisi
Muzik secara amnya bermaksud (cabang) seni (dan juga sains mungkin?) yang mana ia menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumen (alat muzik) termasuk bunyi-bunyian semula jadi dan persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut nilai estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya di sesuatu tempat tertentu.
Menurut Kamus Oxford Universal pula, definasi muzik adalah salah satu cabang seni halus yang menitikberatkan kombinasi antara bunyi dengan tujuan untuk mencantikkan bentuk dan ungkapan pemikiran atau perasaan.
Manakala Encyclopedia Britannica edisi ke 15 pula menyatakan "bahawasanya tiada bunyi yang boleh dikategorikan sebagai unmusical, dan pemuzik dalam setiap budaya cenderung untuk menyekat bunyi yang layak dikategorikan sebagai muzik". "Elemen manusia yang menyusun dan tersusun sering kali membuatkan muzik itu tidak tersirat dan yang tersirat itu selalunya dinisbahkan kepada bunyi-bunyi alam seperti air terjun, burung berkicau dan sebagainya".
Pencernaan Makna
Nota Tambahan :
Ramai yang menyangka muzik itu hanyalah bunyi-bunyian yang terhasil daripada instrumen (alat muzik) semata-mata, baik tradisional atau moden. Itu salah sama sekali. Jika dihalusi, bahan-bahan penghasilan instrumen itu sendiri datangnya dari flora dan fauna. Kayu, besi, kulit binatang dan banyak lagi. Semoga dengan penjelasan penulisan kali ini mampu memberi anda sedikit sebanyak gambaran yang lebih luas tentang maksud muzik.
Sehingga bertemu lagi di tulisan yang seterusnya! Salam.
Contoh Muzik Semula Jadi :
Contoh Muzik berasaskan instrumen (turut mengandungi instrumen elektronik dan ujikaji sains melalui getaran,tindak balas frekuensi terhadap permukaan, tindak balas terhadap kuasa elektrik dan lain-lain lagi).
Ujikaji Cymatics - Yang ni paling best =)
0 comments:
Post a Comment