JILID 2

Thursday, April 30, 2015
Muzik

Untuk JILID 2, penulis akan lebih banyak bercakap mengenai salah satu cabang seni yang paling diminati (secara langsung mahupun tidak) di atas muka bumi ini, iaitu muzik. 


Definisi

Muzik secara amnya bermaksud (cabang) seni (dan juga sains mungkin?) yang mana ia menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumen (alat muzik) termasuk bunyi-bunyian semula jadi dan persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut nilai estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya di sesuatu tempat tertentu. 

Menurut Kamus Oxford Universal pula, definasi muzik adalah salah satu cabang seni halus yang menitikberatkan kombinasi antara bunyi dengan tujuan untuk mencantikkan bentuk dan ungkapan pemikiran atau perasaan.

Manakala Encyclopedia Britannica edisi ke 15 pula menyatakan "bahawasanya tiada bunyi yang boleh dikategorikan sebagai unmusical, dan pemuzik dalam setiap budaya cenderung untuk menyekat bunyi yang layak dikategorikan sebagai muzik". "Elemen manusia yang menyusun dan tersusun sering kali membuatkan muzik itu tidak tersirat dan yang tersirat itu selalunya dinisbahkan kepada bunyi-bunyi alam seperti air terjun, burung berkicau dan sebagainya".


Pencernaan Makna

Terdapat tiga maksud yang agak berbeza-beza mengenai definisi muzik itu sendiri. Ini cuma sebahagian definisi yang penulis kumpulkan. Pendapat-pendapat ahli falsafah, komposer moden, dan ahli psikologi seperti Jean-Jacques Nattiez, Eleanor Rosch, Edgard Varese, dan R. Murray Schafer juga harus diambil kira. Sehingga hari artikel ini ditulis pun, perdebatan mengenai definisi muzik yang paling tepat masih lagi berlangsung. Jadi penulis serahkan kepada pembaca untuk menghadam dan memilih mana satu definisi yang paling berkesan kepada para pembaca. Tak ada siapa yang paling salah dan paling betul dalam hal ini. Ia subjektif.


Nota Tambahan :

Ramai yang menyangka muzik itu hanyalah bunyi-bunyian yang terhasil daripada instrumen (alat muzik) semata-mata, baik tradisional atau moden. Itu salah sama sekali. Jika dihalusi, bahan-bahan penghasilan instrumen itu sendiri datangnya dari flora dan fauna. Kayu, besi, kulit binatang dan banyak lagi. Semoga dengan penjelasan penulisan kali ini mampu memberi anda sedikit sebanyak gambaran yang lebih luas tentang maksud muzik.

Sehingga bertemu lagi di tulisan yang seterusnya! Salam.



Contoh Muzik Semula Jadi :

                                             

Contoh Muzik berasaskan instrumen (turut mengandungi instrumen elektronik dan ujikaji sains melalui getaran,tindak balas frekuensi terhadap permukaan, tindak balas terhadap kuasa elektrik dan lain-lain lagi).

 



   

Ujikaji Cymatics - Yang ni paling best  =)










JILID 2

Wednesday, April 29, 2015
LAMBAT!!!

Mukadimah untuk tahun ini adalah "lambat ". Sinonimnya untuk perkataan lambat ini antaranya, perlahan,lembap,lewat,laun, dan mengambil masa. 

Ok, itu sedikit huraian mengenai perkataan lambat ini. Kenapa dengan tiba-tiba sahaja bercakap tentang perkataan ini? Tak ada sebab yang utuh sangat pun kenapa tiba-tiba sahaja hendak bercakap-cakap tentang perkataan ini. Satu sahaja sebabnya iaitu, aku dah terlewat untuk menulis JILID 2 yang mana patut bermula dari Januari 2015 lagi. Perlaksanaan GST pun sudah berumur hampir sebulan tapi masih belum ada sebarang bahan untuk JILID 2. Tapi tak mengapa, biar lambat dan bukannya langsung tak buat...kan? 

Aku sebenarnya telah memilih apa aspek/genre/jenis/style yang hendak aku nukilkan pada JILID 2 ini. Aku teringat kisah hujung tahun lalu di mana seorang rakan karib (mungkin la kot) telah cuba-cuba untuk bercakap dan mengomel tentang sesuatu perkara yang dia sendiri kurang fasih dan kejadian itu sebenarnya telah memberikan aku satu buah fikiran tentang apa yang aku patut nukilkan. 

Ok! Untuk penulisan yang seterusnya disini, mungkin dah boleh mula kot JILID 2? =)