JILID 1

Friday, November 7, 2014
FITRAH "LAMA"

Lagi sekali!
Dah dua bulan baru ke mari. Aku gagal merencanakan pergerakkan harianku dengan baik selama dua bulan ni. Banyak kerja terbantut,tertangguh.

Setelah melihat beberapa aspek kekuatan seseorang yang konsisten dalam melakukan penghasilan "hak cipta"-nya, terbukti mereka-mereka ini selalu sahaja ter-berada dalam circa mereka. 

Malah, tak cuba keluar pun!
Tak cuba - cuba merasa yang lain pun!

Tadi, pukul 12.30 tengah hari lebih kurang, aku ternampak satu figura yang mungkin nak famous tapi tak akan mampu famous seperti MAZA sampai bila-bila rasanya (kerana ada sebab lain yang jelas, nanti kalau ada masa aku jelaskan), keluarkan lagi satu "hak cipta" yang berkaitan dengan fitrah "lama" aku, circa "lama" aku.

Mak aih, terkial-kial dia. Kelakar pun ada aku tengok!

Melihat perkara itu, aku rasa, aku tak perlu buat adjustment lagi kot
Aku dah bertahun-tahun bersama fitrah itu, spiritually, dari tahun 1990 lagi. Mana mungkin dapat merubahnya kepada yang lain dalam masa 1/2 bulan!!!

Aku cuba dahulu. Tak cuba tak tahu. 

 

JILID 1

Tuesday, August 12, 2014
BODOH TAK SEMESTINYA TAK KAYA

Itu sungai kita yang punya,
sekali menyaut, sunyi acara,
terjunan pula sangat langka,
tersadungnya ia depan kita.

Cerna dahulu kalau nak cerca,
kalau kelabu, mesti keliru,
tersembur pula emosi kosa,
gua hairan, lu pun tepu.
 


JILID 1

PEMUDA TUA

Seorang pemuda,
anak pun dah ada,
mintak pendapat kita,
pasal dia punya karya.

Jawapan diberi,
supaya boleh postive lagi,
bukan sehari, tapi dah berbulan-bulan ni,
lesap terus, hilang diri.

JILID 1

Sudah lama aku tidak ke mari. Pelbagai hal yang yang telah berlaku dalam beberapa purnama ini.

Entahlah...macam-macam yang hendak difikirkan. Tapi setelah difikirkan, tidak ada apa pun lagi yang betul-betul logik untuk penerusan hidup dilakukan. Tapi kena terus percaya dengan Tuhan la.

Aku bukan atheis,
Bukan juga saintis,

Aku artis,
Nak jadi lebih produktif.

*kepada malaun-malaun bodoh yang tak faham apa itu artis dan suka main sebat saja apa maksud dia, sila cari dulu apa maksud artis dan sila fahamkan dulu.

 

JILID 1

BELENGAS! 

Rasa tak selesa,
kadang-kadang membuak,
kadang-kadang terluka,
kadang-kadang terseksa,
Dan juga kadang-kadang selesa!

Ini cerita lama,
malah sampai kini pun ada.

JILID 1

Tuesday, April 1, 2014
Penat

Ada sebuah cerita
Seorang anak dari hujung negara
Dahulunya derhaka kepada ibu bapa
Sekarang sudah libatkan tuhan juga.

Ada sebuah cerita
Seorang anak dari utara
Makin hari makin terkesima
Dengan harga syurga dan neraka.

Adakah bertuhan itu perlu?
Ataupun perlukah bertuhan?
Katakanlah kita tak perlukannya
Apa pula pengakhirannya?

Dibahagi-bahagi dogma bertuhan
Oleh pengamal agama tuhan satu
Sudahlah penat nak bertuhan
Hadap pula perangai pembeza?

Penat bertuhan.
Penat berdogma.
Penat menyusun.
Penat mengatur.
Penat segalanya. 
PENAT!



JILID 1

Wednesday, March 12, 2014
Ulangan

Jiwa parah hari ini.
Semangat semalam sudah pecah.
Dan ia harus dibina kembali.
Ya, selalu sahaja pecah tapi ia bukan bersifat total.

Tapi kesannya agak mendalam.
Hubungan dengan sang pencipta juga turut terjejas.
Ditambah pula dengan ingatan terhadap sang waris
Entah apalah yang sedang mereka bicarakan ketika ini

Hati ingin menyapa, tapi rasa takut,gementar,serba salah
Terus menyekat jiwa dari meneruskan hajat.
Aku tidak mampu memberikan kepastian yang aku akan pulang dengan bergaya kelak.
Tapi yang pasti, aku tetap akan pulang, tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.

JILID 1

Tuesday, March 11, 2014
Sikit

Celaru juga dibuatnya.
Tapi bukankah ini salah satu proses untuk menambah kemahiran?

Ya, awalannya mungkin sikit.
Tapi rasanya itulah jalan yang harus dilalui setiap jasad yang inginkan perubahan.
Lama-kelamaan, yang sikit tadi pasti jadi banyak sekiranya bertalu-talu diulang.
Cuma, soalan paling utama yang harus ditanyakan kepada diri.
"Mampu untuk teruskan agenda ini lagi? Ini baru sikit, jauh lagi apa yang hendak dicari itu".

Hadap saja. Jangan berhenti!

JILID 1

Mula

Apa yang nak dimulakan?
Macam-macam yang bermain di benak pemikiran.
Mungkin sedikit lambat atau mungkin sangat lambat sebenarnya.
Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi?